Hadis mutawatir adalah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang bilangan mereka itu ramai dan terjamin mereka itu tidak mampu melakukan pembohongan, mulai dari awal hingga akhir sanad (Nuruddin 'Itr, Manhaj al-naqd fi 'ulum al-hadis, hlm. 404)
Hadis mutawatir dibahagi kepada dua bahagian, iaitu Mutawatir Lafzi dan Mutawatir Ma’nawi.
a) Mutawatir Lafzi bermaksud hadis yang dilaporkan oleh kesemua perawi dengan lafaz yang sama. Contohnya, hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang berbohong terhadapku dengan sengaja, maka bersiap sedialah dengan tempatnya di dalam api neraka". Hadis ini diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat Nabi (Nuruddin 'Itr, Manhaj al-naqd fi 'ulum al-hadis, hlm. 405).
b) Mutawatir Ma’nawi bermaksud hadis tersebut diriwayatkan oleh ramai perawi, namun dengan lafaz yang berbeza-beza, tetapi maknanya sama. Contohnya, hadis tentang mengangkat tangan ketika berdoa. Hadis ini telah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw sekitar 100 macam hadis tentang mengangkat tangan ketika berdoa, ketika peristiwa yang pelbagai (Nuruddin 'Itr, Manhaj al-naqd fi 'ulum al-hadis, hlm. 406). 3)
Posted via Blogaway
Tidak ada komentar:
Posting Komentar